Tuesday, April 12, 2011

CONTOH RUMUSAN


Mencari IU

            Pembangunan pelancongan perlu mengambil kira pelagai aspek. Salah satu aspek utama ialah bagaimana pembangunan pelancongan dapat memanfaatkan sumber tempatan dan bagaimana sumber ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan. Tidak dapat dinafikan, penduduk tempatan perlu dilibatkan dalam setiap peringkat pembangunan pelancongan iaitu perancangan, pembangunan dan pengurusan. Penglibatan mereka penting, terutamanya semasa perancangan  sesuatu projek. Penduduk tempatan sebenarnya berhak untuk menyatakan pandangan mereka kerana merekalah nanti yang akan menanggung buruk baiknya pembangunan yang telah dilaksanakan itu.

Langkah 1: Membaca dan mengenal pasti IU
Idea pokok/ tema petikan
Ä         Pembangunan pelancongan
Langkah 2: Mengenal pasti IU1 dan IU2
Ä         bagaimana pembangunan pelancongan dapat memanfaatkan sumber tempatan?
F    penduduk tempatan perlu dilibatkan dalam setiap peringkat pembangunan pelancongan
F    penglibatan mereka penting terutamanya semasa perancangan sesuatu projek

Langkah 3: Memproses dan menyusun semula IU dengan IU 1 dan IU 2

Contoh mengesan IS/ isi sokongan dan mengolah IS
Golongan siswazah seharusnya menjadi agen perubahan kepada masyarakat dengan memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan sosioekonomi negara. Mereka seharusnya menjadi pemimpin bukannya dipimpin. Namun begitu, fenomena inilah yang berlaku dewasa ini apabila  para siswazah terlalu mengharapkan ihsan daripada kerajaan agar menyediakan pekerjaan kepada mereka. Sekiranya perkara ini menjadi budaya rakyat negara ini, negara akan mengalami kerugian kerana memiliki generasi muda yang tidak dapat membantu kerajaan meningkatkan produktiviti negara. Dari aspek yang lain pula, imej negara turut terjejas.  
Contoh jawapan:
Siswazah sepatutnya menjadi pemimpin dan agen perubahan kepada masyarakat dengan memberikan sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi negara. Jika gagal, produktiviti dan imej negara akan terjejas.

Contoh mengesan K/ Kesimpulan dan mengolah K
            Masalah pengangguran ini tidak harus dibiarkan berterusan. Tidak dinafikan pula bahawa usaha untuk menangani masalah pengganguran dalam kalangan siswazah bukanlah tugas yang mudah. Perkara ini memerlukan kesungguhan daripada semua pihak, khususnya pihak kerajaan yang perlu mengawal kemasukan pekerja asing ke negara ini. Pihak kerajaan nampaknya tidak mempunyai pilihan lain, kecuali mengkaji semula dasar pengambilan pekerja asing supaya jangan berlaku kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. Dilema ini bukan sahaja dihadapi oleh siswazah yang menganggur, tetapi juga mereka yang kehilangan pekerjaan.
Contoh jawapan:
Usaha mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah memerlukan kesungguhan daripada semua pihak kerajaan. Dasar pengambilan pengambilan pekerja asing perlu dikaji semula oleh pihak kerajaan.

No comments:

Post a Comment